Kecantikan Dalaman

Bangunan Melilea
Melilea mempunyai regimen kecantikan dalaman yang dirumus khusus untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan. Setiap produk mengandungi kandungan organik yang dirumus menggunakan teknologi tinggi untuk meningkatkan sistem imunisasi, sistem pencernaan dan sistem perkumuhan badan. 
Siri kecantikan dalaman dan luaran Melilea adalah:
a. Melilea Greenfield Organic
b. Melilea Progene
c. Melilea Organic Soya Drink
d. Melilea Organic Henry Apple/Orange Orchard Drink


Melilea Greenfield Organik adalah dirumuskan oleh ahli organik terkenal Dr Henry Chang, dan berdasarkan 3 nilai paling utama di dunia:
1. Fungsi Makanan Organik
2. Fungsi Naturopathy
3. Fungsi Penyembuhan Semulajadi
Mengandung lebih dari 25 jenis bahan bebas pencemaran, termasuk bijirin , sayur-sayuran dan buah-buahan, yang diproses dengan menggunakan teknologi terbaru dan paling canggih.
Melilea Greenfield Organik menyediakan campuran serat semulajadi dari tanaman organik, dan merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Makanan organik ini juga kaya dengan khasiat seperti vitamin, mineral dan phytonutrients (khasiat dari tanaman).
Sesuai untuk sebarang peringkat usia dan keadaan:
Klik Untuk Besarkan
* muda, remaja, berumur dan warga emas
* Sehat, menjaga kesihatan
* Kelemahan, kelesuan
* Kurang dan berlebihan berat badan
* Sukar tidur
* Sembelit
* Kedatangan haid tidak teratur dan menopaus
* Sebelum dan selepas bersalin
* Sebelum dan selepas pembedahan
* Jerawat dan jeragat
* Sistem imunisasi yang lemah
* darah gemuruh
* thyroid
* miomma atau fybroid
* tekanan darah tinggi
* Diabetik
* barah
* lemah jantung

Klik Untuk Besarkan
Melilea Greenfield Organik boleh digunakan sebagai pengganti makanan. Bagi nak menurunkan menurunkan berat badan, gunakannya sebagai pengganti makanan.
Melilea Greenfield Organik diproduksi oleh Greenfield USA Corporation, pengeluar makanan berdaftar dengan nombor pendaftaran Reg. No 00223706.
• Telah diuji selamat oleh berbagai makmal ujikaji di seluruh dunia.
• Serasi dengan ketentuan yang dikeluarkan oleh Federal Good Manufacturing Practices (GMP) di dalam bidang makanan.
• Sijil Halal oleh Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA).
Melilea Greenfield Organic boleh dijadikan sebagai makan tambahan ataupun makanan utama. Untuk menurunkan berat badan, ia dijadikan makanan utama. Untuk menaikkan berat badan, ia dijadikan makanan tambahan.


Kecantikan dalaman boleh diperolehi setelah kita dapat mengeluarkan toksin berbahaya di dalam tubuh kita. Toksin ini banyak terdapat dan berpunca dari usus yang dipenuhi dengan najis tersumbat.


Apabila berlakunya najis tersumbat, proses penguraikan zat makanan dan enzim menjadi tidak lancar dan teratur. Inilah punca penyakit seperti sembelit, migrain, gout, ulser dan akhirnya boleh mengakibatkan kanser dan lain-lain penyakit kronik.
Berikut adalah gambar kolon yang mempunyai najis tersumbat dan kolon yang telah dibersihkan dengan gaya hidup organik. Gaya hidup organik akan memastikan kolon dibersihkan dan dinding-dinding usus dengan mudah menyerap khasiat dan zat dari makanan yang dimakan. Dengan bersihnya kolon kita, badan kita berasa lebih ringan, tiada pening kepala, tiada sembelit, tiada rasa senak dan sakit perut. bahu terasa lebih ringan serta fikiran akan berasa lebih tenang.


Setelah mengamalkan gaya hidup organik, kolon dapat dibersihkan dan penyakit-penyakit yang berpunca darinya akan hilang tanpa bantuan ubat-ubatan. Pembersihan kolon dilakukan secara semulajadi dan tiada rasa tidak selesa dialami. Pembuangan air besar akan lebih memuaskan dan kita boleh merasakannya. Rasai kesegaran, ketenangan dan keselesaan selepas pembersihan kolon ini.


Gaya Hidup Organik adalah satu kaedah pemakan yang menitik beratkan makanan yang bebas pencemaran, menyahtoksin, membersihkan kolon atau usus dan pembinaan sel tubuh. Pengamal pemakanan organik akan mendapati bahawa tubuh mereka semakin sihat dan muda, bertenaga, sembuh dari penyakit kronik dan ceria.

Melilea Progene lahir daripada kajian terperinci dan kawalan yang ketat untuk menghasilkan kecantikan. Di antara 70 negara, 3500 kajian dan 3,200,000 dokumen yang dikaji, tiada satu pun yang  mempunyai formulasi yang sama dengan Melilea Progene. Ia berdasarkan gabungan perubatan Cina seperti Job's Tear Seed, Ginseng, Lingzhi dan Keladi Cina. Ditambah pula dengan perubatan pengaruh barat seperti Pucuk Gandum Muda yang mempunyai kandungan SOD yang tinggi. SOD adalah Super Oxide Dismutase, sejenis anti oksidan yang sangat berkesan menyingkirkan anti oksidan. Melilea Progene juga mempunyai Royal Jelly dan serbuk Mutiara Terhidrolisis. Kesemua ramuan ini akan menyingkirkan radikal bebas yang menyebabkan penuaan, mengelakkan kerosakkan sel, melambatkan proses penuaan, memperlahankan kekedutan kulit, memperbaharui kulit, memperbaiki warna kulit, meningkatkan kelicinan kulit dan mencerahkan kulit.


Faktor Penuaan. Sains telah menemui bahawa penuaan adalah berkait rapat dengan radikal bebas. Akibat daripada tekanan hidup pada masa kini, ramai orang telah mengamalkan cara hidup yang tidak sihat. Mereka kurang atau langsung tidak bersenam, sering merokok dan mempunyai tabiat pemakanan yang tidak teratur. oleh sebab itu, badan mereka telah dicerobohi radikal bebas dan ini juga telah menyebabkan sistem badan tidak dapat berfungsi dengan baik dan membawa kepada pelbagai penyakit, masalah kulit dan masalah penuaan awal.
Radikal bebas merupakan suatu molekul yang amat kecil, lebih kecil daripada virus dan bakteria. Ia merupakan bahan binaan asas badan kita. Radikal bebas merupakan molekul yang tidak stabil dan untuk mencapai kestabilan, radikal-radikal bebas ini akan cuba untuk merampas elektronn daripada sel-sel yang berhampiran untuk mencapai keseimbangan. Akibatnya, radikal bebas akan merosakkan sel dan tisu normal sehingga menyebabkan degenerasi fungsi badan.

Melilea Progene merupakan suplemen untuk kecantikan dan kesihatan yang sesuai untuk lelaki atau pun perempuan. Melilea Progene mengandungi nutrien SOD yang berkualiti tinggi dan terbukti dapat menyingkirkan radikal bebas dalam badan kita.
Enzim Super Oxide Dismutase (SOD)
Ditemui oleh Saintis Amerika, McCord dan Fridovich pada tahun 1969 dan telah digunakan dalam penyembuhan klinikal selama lebih kurang 30 tahun. SOD boleh diekstrak daripada haiwan atau pun tumbuhan dan wujud dalam semua benda hidup seperti burung, gandum, buah oren, bayam, cili, susu (termasuk susu ibu) dan yis.
Dalam bidang perubatan, SOD telah diketahui dapat digunakan dalam keadaan yang berkaitan dengan penuaan seperti memperbaiki keadaan kulit yang berpigmentasi, diabetis, katarak, masalah jantung dan pelbagai masalah kulit.


Melilea Organic Soya Drink dihasilkan dari kacang soya yang berasal dari Heilong Jiang di Cina yang telah terkenal di seluruh dunia dengan kualiti terbaik kerana berasal dari lingkungan tanah yang subur dan air yang bebas pencemaran. Selain itu, iklim yang sesuai juga merupakan salah satu penyumbang kepada kacang soya yang dipkeluarkan di kawasan ini.
Rasa Berbeda / Tanpa Penambahan Bahan Pengawet Dengan proses pembuatan yang unik dan kualiti kacang soya yang baik, kebaikan dan nilai khasiat dari kacang soya tetap dijaga tanpa tambahan pengawet atau bahan tercemar.
Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur Bayi : sangat sesuai bagi bayi yang mempunyai masalah sistem pencernaan dan alergi terhadap susu lembu Anak-anak : memberi khasiat dan kebaikan untuk memperkuat daya ingat serta meningkatkan pertumbuhan badan. Wanita hamil : membantu memberikan khasiat yang mencukupi seperti kalsium dan protein baik untuk ibu maupun bayinya. Remaja dan dewasa : membantu merendahkan tahap kolestrol serta memberikan seluruh khasiat yang diperlukan Lanjut Usia : membantu menghasilkan tenaga dan meningkatkan kesehatan secara umum.
MELILEA Apple Orchard adalah salah satu produk kesehatan terbaik yang di hasilkan dari ladang dan laboratorium organik DR. Henry Chang.  Ia minuman kesehatan lengkap untuk seluruh keluarga Anda yang di hasilkan dengan bahan-bahan 100% semulajadi dari perkebunan Organic Five Stars (Organik 5 bintang). Kebaikan Minuman buah-buahan organik yang sangat sesuai untuk anda. Menyediakan seluruh khasiat semulajadi: vitamin C yang sangat membantu dalam sistem imunisasi dan pertumbuhan tubuh anak-anak dan juga antioksidan yang bermanfaat kepada anda. Mengandungi NDM (Non Dializaable Material) semulajadi yang bermanfaat mengurangkan plak pada gigi Memberikan khasiat lengkap botanikal seperti vitamin A, C, E dan mineral  Ciri-ciri Khas Diperbuat dari campuran pati buah-buahan 100% organik Tidak mengandungi perasa, pewarna, pengawet dan pemanis tiruan Khusus diformulasi oleh Bapa Teori Organik Dr Henry Chang

No comments:

Post a Comment