Tuesday, 21 February 2012

Gaya Hidup Organik: Apa Yang Membuatkan Sesuatu Produk Itu Organik

Pada masa dahulu, sesiapa saja boleh mengaku produk keluaran mereka adalah organik.  Sesetengah produk sangat-sangat organik dan sesetengahnya pula tidak. Memandangkan Makanan organik kini semakin popular, pengguna inginkan kepastian bahawa barangan Yang mereka beli adalah benar-benar organik atau tidak.

Dari maklumbalas ini, agensi kerajaan negeri dan persekutuan, bersama-sama agensi swasta mengadakan kawalan untuk memastikan mana satu produk yang benar-benar organik. Sebagai contoh, produk yang dikeluarkan oleh Sekolah Kajian Ladang Pertanian Organic Allison, Utara Macomb, diiktiraf organik oleh Midwest Organic Services Association (MOSA),  sebuah organisasi yang diiktiraf oleh U.S Department of Agriculture (USDA) untuk memantau dan mengesahkan makanan organik.

 Ini bermakna produk popcorn ‘unggu-emas’ yang dikeluarkan oleh ladang Allison boleh dijual sebagai popcorn organik dengan pensijilan persatuan MOSA, disokong oleh USDA, dan ianya benar-benar popcorn organik.

Sementara ladang Allison menggunakan sijil MOSA, terdapat beberapa kumpulan yang mengesahkan hasil keluaran pertanian sebagai organik. Merujuk kepada Jabatan Pertanian di Iowa, terdapat sedozen jabatan pertanian negeri dan 51 persatuan persendirian yang diekreditasi oleh USDA sebagai badan pengesah organik. Tanpa pegesahan dari mereka, sesuatu produk itu tidak boleh dijual sebagai organik.

Baru-baru ini saya ada membeli produk yang jelas mengatakan ianya adalah organik dan dengan jelas ia mempunyai label yang besar- ‘USDA Organik’. Walaupun USDA tidak menyemak produk tersebut secara terperinci,  agensi ini menyemak syarikat persendirian yang mengeluarkan pensijilan organik tersebut. Ia memberi keyakinan kepada saya bahawa produk tersebut adalah organik. Jadi saya beli.

Apa yang menarik perhatian saya adalah produk tersebut diimport dari Chile. Saya terkejut melihat label USDA pada produk tersebut memandangkan saya sentiasa beranggapan USDA hanya digunapakai kepada produk keluaran Amerika Syarikat.

USDA memaklumkan: “Pegeluaran Organik USDA boleh berlaku dimana-mana saja di dunia ini dan boleh mewakili organik USDA selagi ia mematuhi piawai”.

Ini menunjukkan bahawa label organik USDA telah menjadi jenama, sedia untuk dibeli oleh sesiapa saja di dunia ini. Moral dari kisah ini, teruskan membaca label untuk mengetahui dari mana sesuatu produk itu dihasilkan. Dan jangan lupa untuk membaca cetakan kecil label pada produk.

Dr William Bailey adalah pengerusi Jabatan Pertanian di Kolej Perniagaan dan Teknologi Universiti Illinois Barat. Beliau boleh di temui di WC-Bailey@wio.edu

No comments:

Post a Comment